Luas kawasan bagi hutan simpanan ini
dilaporkan meliputi seluas 290, 000 hektar. Hutan Belum ini dibahagikan
kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian atas hutan belum ini
ditutupi oleh 117, 500 hektar kawasan hutan yang tebal dan memasuki
sempadan Thailand-Malaysia. Kawasan hutan yang luas ini boleh dianggap
seperti tembok semulajadi dan "gazette" sebagai zon keselamatan. Taman simpanan Belum dan Temenggor dibiarkan tumbuh meliar
kerana Kerajaan Perak telah memutuskan untuk mengekalkan kawasan
tersebut sebagai simpanan semulajadi bagi tujuan penyelidikan. Bahagian
atas hutan belum merupakan 90% yang belum diteroka manakala bahagian
bawah umumnya dilitupi oleh hutan sekunder. Memang merupakan kawasan
yang amat luas untuk menjalankan penyelidikan.
Kebanyakan
ubat-ubatan yang diluluskan telah diambil dan diproses dari herba-herba
dan tumbuhan-tumbuhan. Penyelidik dari serata dunia sedang
bertungkus-lumus untuk mencari penawar bagi penyakit seperti Kanser, Alzheimer, Parkinson, Meningtis, dan sebagainya.
Mereka
percaya bahawa cecair penawar itu terletak di dalam tumbuh-tumbuhan
hutan hujan tropika. Tetapi, hutan hujan tropika sedang diteroka dengan
kadar yang sangat mengejutkan, kita mungkin suatu hari akan menghapuskan
hutan yang indah ini dan sekaligus memusahkan segala penawar yang
diharapkan dapat mengubati pelbagai penyakit.
Terletak di utara hujung Perak,
pelancaran taman ROYAL BELUM menandakan "major milestone" dalam
pemuliharaan sejarah negara. Sebagai taman terakhir di semananjung yang
akan dibuka kepada umum untuk pelancongan, rancangan pengurusan taman
secara terperinci menjadi isu yang amat penting, TAN CHENG
LI menulis.Artikel diterbitkan dalam the star, 9 september 2003. Belum,
belum, beluuuummm! ini merupakan bunyi yang dihasilkan oleh belalang
besar yang menghuni hutan ini. Oleh itu, hutan ini telah diberi
nama Belum.
Walaupun
kebanyakan pakej pengembaraan / aktiviti akan membawa anda melalui hutan
sekunder, terdapat kawasan di bahagian bawah BELUM yang dipenuhi oleh
spesis pokok MERANTI,CENGAL, KERUING dan MERBAU yang besar. Ini adalah
nama-nama pokok kayu keras hutan hujan tropika yang semakin pupus. Tanah
hutan hujan tropika adalah rendah dari segi nutrisi. Sebaik sahaja
sebuah kawasan itu dibuka, nutrisi yang terdapat di dalam tanah akan
mengalir pergi dan apa yang tertinggal di bawahnya adalah lumpur dan
pasir.Jika anda mempunyai masa, cubalah menggali ke dalam tanah itu.
Tanah yang "black" dan "rich" hanya menutupi bahagian paling atas yang
nipis, di bawahnya cuma terdapat kawasan yang tiada apa-apa garam galian
atau nutrisi. Ini agak menakjubkan bagi kehidupan yang boleh hidup di
tempat sedemikian. Tetapi ia boleh.
Eko-sistem
yang ideal ini telah berkembang dan tahan terhadap apa-apa perubahan
selama 150million tahun. Kebanyakan pokok kayu keras besar yang anda akan
lihat mungkin telah hidup selama 150 hingga 600 tahun. Ini merupakan
khazanah yang bernilai untuk dilindungi. Hutan Belum memang amat
berharga di luar jangkaan.Ramai mungkin masih belum dapat menilai
kepentingan eko-sistem ini. Mereka menggangap bahawa hutan merupakan
halaman belakang rumah yang terbiar dan harus dibersih serta dikemaskan
supaya kita dapat menjadikannya sebagai taman permainan atau tempat
bekerja. Inilah yang sebenarnya terjadi pada kebanyakan hutan kita,
semoga kehidupan boleh dikekalkan di belum!Harta karun tidak semestinya
bersinar untuk kita melihatnya. Harta karun yang sebenar selalunya
adalah yang tersembunyi dan mengambil masa untuk menjumpainya. Terdapat
tumbuh-tumbuhan yang kelihatan biasa dilihat seperti lianas, beberapa
jenis akar tumbuhan, dedaun dan kuntum tetapi sebenarnya menpunyai
bahan-bahan bagi menghasilkan ubat-ubatan. Tumbuh-tumbuhan ini adalah
herba yang mengandungi ubat dan telah dikumpul serta digunakan oleh
orang asli dari generasi sebelumnya. Kesemua penyakit dikatakan boleh
"diubati".Sehinggakan ubat cinta boleh dihasilkan...dengan sedikit
tambahan 'cenuai' pada ubat tersebut. Tidak dilupakan juga Tongkat Ali
dan kuntuman Rafflesia.